Hidup seorang jurugambar /photographer

Hidup seorang photographer/videographer

'Alaaaa bang...murah lah sikit.  Kerja snap2 gambar je pon... Senang je kan?'

Ayat ni mungkin slalu kedengaran kan? Tiap kali nak mintak kurang harga, pastinya tugas kami dipertikaikan utk mendapatkan bayaran sewajarnya. Kadang tu, mintak murah sampai harga hilang akal lah bak kate orang.

Tahukah anda?
Tugas kami bukan bermula dan berakhir pada hari berlangsungnya majlis sahaja?
-Sebelum hari majlis,kadang 2-3 kali berjumpa client untuk bincang, selepas majlis, lagilah berkali2 kesana sini siapkan album,poster dan sebagainya. Kos makan,minyak,tol semua tu jangan lupa. Kadang tu, ada sesetengah yang sanggup ke tempat berlangsungnya majlis pada hari sebelum. Taknak lewat/sesat punya pasal. 

Tahukah anda?
Bilamana client bersiap/majlis bermula seawal jam 7.30-8am, kami pastinya kena hadirkan diri skurangnya 1 jam sebelum. Yang jauh2, silap2 ada yang gerak jam 4-5pagi dari rumah.

Tahukah anda?
Daripada 'shoot,edit' dan 'delivery' anda fikir semuanya disiapkan dalam satu hari je? Ada yang bersengkang mata siang malam nak siapkan gambar punya pasal. Berada dalam bidang seni kreatif perlukan ruang dan ketenangan untuk keluarkan idea. Kalau anak menangis, berlari2 kat rumah, ingat idea boleh jalan? Selalunya lepas tengah malam baru dapat buat kerja.

Tahukah anda?
Jika kami tak persoalkan gaji engineer,technician kilang yang bergaji rm50-200 sehari semata2 standby jaga machine, knapa pula anda persoalkan gaji kami? Siang malam perah otak, nak siapkan 1 tugasan boleh jadi 1-2 minggu perah otak,kadang lebih.

Tahukah anda?
Nampak macam banyak, tapi rata2 mengharap rezeki hujung minggu dimana masa tu lah majlis banyak diadakan, selebihnya editing. Masa bulan puasa, memang lenganglah kurang job. Kadang ada yang tiada langsung

Tahukah anda?
Bidang macam kami ni kne up to date dengan gadget2 ikut perkembangan zaman. Orang lain nak gambar pakai drone, anda pun nak jugak. Gadjet2 yang puluhan ribu tu, kami kne beli pakai duit poket sendiri. Bukannya macam kilang2, beli kemudian claim pada company.

Tahukah anda?
Andai kata apa2 terjadi pada gadget2 tu, semuanya kami yang tanggung sendiri? Berapa ramai kawan2 yang rumah dipecah masuk,kereta kena pecah dan semua barangan yang dibeli hasil titik peluh bertahun tu, lesap sekelip mata?

Tahukah anda?
Bila hujung minggu anda bersantai bersama keluarga, kami pagi2 lagi dah meninggalkan rumah dan keluarga untuk bertugas, kadang tu teringat je pada keluarga dirumah. Tapi tugas tetap tugas. Kena fokus. Kadang tu dari siang hingga malam

Tahukah anda?
Ada saja kami tidur didalam kereta atau dimana2 saja jika job yang memang jauh. Kalau tidur hotel sekalipun, nak claim pada siapa?

Tahukah anda?
Jika difikirkan, bidang seni kreatif ni memang mencabar. Otak bekerja siang dan malam fikirkan idea2 untuk gambar/video yang menarik. Belum dikira bila kami baring atas jalan,masuk celah longkang/ berdiri atas divider nak dapatkan angle yang mantap punya pasal. Kalau lukisan pada kanvas boleh terjual dengan harga jutaan ringgit, mujurlah kami tak sebulat suara jual hasil seni juga semahal tu.

Tahukah anda?
Anda gelak ketawa, bergurau, berborak semasa majlis berlansung, kadang kami makan pon tak senang. Mata tiap saat fokus pada persekitaran. Sebab 'moment2' yang tak ternilai boleh berlaku bila2 masa sahaja. Jadi kami kena sentiasa bersedia.

Tahukah anda?
Sebenarnya ada banyak lagi sebab dan alasan yang lain, mungkin akan diceritakan lain kali. Sebab saya kena mulakan kerja dah, baru jam 7.25am, tapi dari jam 6.30 tadi sudah standby.

Tahukah anda?
Kadang tu ada yang tak sempat nak sarapan pagi pon, dah mula bekerja terus. Tah bila sempat minum seteguk air pun tak pasti

Tahukah anda?
Hidup kami ni kadang sentiasa dalam bahaya dan perlu berjaga2? Lebih2 lagi bila tengah usung gadget kesana sini. Risiko samun/rompak tu memang ada. Ada juga sahabat kami yang meninggal dunia dirompak. Innalillah.

Tahukah anda?
Kadang dalam majlis tu, kami secara tak langsungnya terpaksa menjadi 'event co-ordinator' untuk pastikan majlis berjalan lancar. Tu belum kira jadi 'part-time' photographer berpuluh handphone yang tetamu kirim untuk ambil gambar bersama. Kadang tu ada yang panggil/menyuruh kami serupa kami ni hamba abdi. Sabar sajalah. Tu sikitpun kami tak mintak bayaran tambahan. Haha

Tahukah anda?
Ada yang sampai tak dapat datang ke majlis saudara mara dan rakan2 gara2 bertindih jadual, namun akan datang to pada hari kemudian.Client dah booking berbulan2 awal, ada kawan pulak, sebulan nak majlis baru inform.

Tahukah anda?
Bukannya 1-2 kali, bahkan selalu saja organizer akan maklumkan yang event bermula jam 7-8 pagi, tapi akhirnya bermula jam 9-10. Bayangkan rasanya menunggu 2-3jam extra hours. Tapi kami tak ambil hati pun, anggap saja tu asam garam. Kita hanya mampu merancang katakan

Tahukah anda?
Sepanjang tugas kadang tu nak ketandas pon fikir 10 kali risau2 kami diperlukan waktu tu. Nak bergerak pon dah macam komando, taknak curi tumpuan kerana pada waktu majlis, tumpuan adalah untuk pasangan mempelai ataupun host2 yg dipentas utama. Nak makan minum duduk sesuka hati? Jangan haraplah, silap sikit, berpanjangan orang mengata. Senang kata kalau 9-10 jam kerja, 9-10 jam jugaklah tangan pegang camera dan berdiri kalau boleh

Tahukah anda?
Kami juga manusia perlu mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga

Yang benar,
Pencari sesuap nasi.


di petik dari FB sahabat :Qamarul nuaim