Saintis Islam - Bapa Optik (Pencetus ilmuan fotografi)



Mungkin anda tidak pernah pun terfikir, dari mana asalnya penemuan ilmu fotografi yang serba mudah ini? Mungkin kepada anda, fotografi sekadar memetik pemicu kamera saja.

Sebenarnya, Ilmu fotografi bermula dari penemuan pengetahuan tentang ciri-ciri optik dan cahaya oleh saintis islam Iraq yang dikenali sebagai Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham . Ilmu-ilmu tentang optik ini telah dibukukan dalam tujuh jilid dan dikenali sebagai Book of Optics (Arabic: Kitāb al-Manāẓir‎; Latin: De Aspectibus or Opticae Thesaurus: Alhazeni Arabis).

Anda boleh merujuk kepada link wikipedia di atas untuk membaca sendiri penemuan ibn Al Haytham ini. Penemuan beliau telah digolongkan setaraf dengan buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Sir Isaac Newton sebagai salah satu buku yang paling berpengaruh dalam sejarah fizik, membawa kepada revolusi optik dan persepsi visual.

Sekiranya anda membaca buku-buku fotografi yang datangnya dari jurulatih-jurulatih fotografi yang datang dari amerika syarikat dan sebagainya, anda akan dapati mereka akan merujuk kepada pemikiran dan pemahaman Aristotle tentang fizik optik berbanding merujuk kepada Ibn Al Haytham. Dan seterusnya merujuk kepada penemuan saintis perancis.

Salah satu penemuan penting Ibn al-Haytham, beliau telah membuktikan cahaya bergerak dalam satu garis lurus, dan beliau telah bereksperimentasi dengan lensa, cermin, serakan dan pantulan. Anda akan dapat membaca huraian tentang konsep yang telah difikirkan sejak 1 millenia ini, dalam hampir kesemua buku fotografi asas, malah dalam buku-buku yang banyak membincangkan tentang teori dan applikasi cahaya dalam fotografi seperti Light Science & Magic, An introduction to Photographic Lighting.

Sekarang anda telah tahu, orang islamlah yang pertama sekali telah memecah kebuntuan dan mempelopori asas kepada ilmu fotografi ini. Sehingga kini, fotografi masih lagi tentang keupayaan kita mengamati dan menggunakan cahaya. Asas kepada fotografi masih sama seperti 1 millenia dahulu.